Rabu, 25 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Nahas Warga Singapura meninggal dunia di HKL

Nahas Warga Singapura meninggal dunia di HKL

Keadaan sebuah bas yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah bas, satu treler dan sebuah kereta di KM31.5 Lebuhraya Karak dekat Kuala Lumpur. Sebanyak 13 mangsa cedera yang terdiri daripada 11 penumpang bas dan dua daripada kereta Vios dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk menerima rawatan. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Wanita Singapura yang terbabit dalam nahas empat buah kenderaan di Lebuhraya Karak semalam, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal hari ini.

Jurucakap HKL berkata, Tham Choy Chan, 53, meninggal dunia pada pukul 12.15 pagi ketika dirawat di zon kecemasan HKL akibat kecederaan teruk pada bahagian kepala.

Mayat mangsa dijangka dituntut oleh keluarganya hari ini juga, katanya kepada pemberita, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara berkenaan, memberitahu Bernama mangsa ialah penumpang bas ekspres Genting Highlands-Singapura.

Dalam pada itu, Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh berkata dua mangsa yang dirawat di hospital berkenaan iaitu Vasanda Kalianan,
58, dan Liew Kim Khin, 75, sudah dibenar pulang.  
  
Seorang lagi mangsa Chin Chin Lai, 61, pula bertindak keluar dari hospital tanpa pengetahuan kami, katanya kepada Bernama hari ini.

Bernama difahamkan lapan lagi pesakit yang cedera ringan yang masih dirawat di  hospital itu dijangka dibenar pulang dalam masa terdekat.

Sebanyak 13 orang dilapor cedera dalam kejadian pukul 3.49 petang yang  membabitkan dua bas ekspres iaitu Genting Highlands-Singapura dan Temerloh-Kuala Lumpur, sebuah treler serta sebuah kereta di Km 31.5 lebuh raya itu. - Bernama

Tidak ada komentar:

Posting Komentar