Sabtu, 08 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Tak semestinya tukar kepimpinan kata Najib

Tak semestinya tukar kepimpinan kata Najib

Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media Pemilihan Umno di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak melafazkan syukur tidak terhingga di atas kelancaran pemilihan parti itu yang berakhir semalam. 

Menurut Najib, proses pemilihan menggunakan sistem "electoral college berkenaan yang julung-julung kali diadakan dalam Umno, selesai dalam keadaan yang baik dan sempurna.

"Syukur ke hadrat ALLAH.

"Proses pemilihan Umno selesai dalam keadaan yang sangat baik, terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli Umno yang terlibat," katanya ketika sidang media di Hotel IOI, di sini hari ini.

Najib turut meminta rakyat memberi peluang kepada barisan kepimpinan tertinggi Umno yang baharu untuk 
membuktikan kewibawaan mereka menjayakan agenda transformasi negara.

Menurut Najib lagi, kepimpinan Umno tidak semestinya diganti dengan yang baharu kerana apa yang penting ialah kemampuan pasukan itu untuk melaksanakan agenda untuk negara.

"Proses transformasi telah dimulakan dengan Pindaan Perlembagaan, transformasi juga bererti bahawa kita ada agenda transformasi untuk negara. Soal utamanya ialah sama ada pasukan yang telah dipilih oleh akar umbi mampu untuk melaksanakan agenda transformasi negara," katanya. 

Najib pada sidang media sama turut mengucapkan tahniah kepada pemenang yang berjaya menduduki saf kepimpinan baru dalam pemilihan kali ini.

"Saya ucapkan tahniah kepada yang berjaya, manakala kepada yang tewas jangan berputus asa kerana kita satu keluarga, teruskan perjuangan kita sehingga matlamat untuk jadikan Malaysia negara maju tercapai," katanya.

Semalam buat kali pertama seramai 146,500 perwakilan Umno dari 20,800 cawangan dan 191 bahagian di seluruh negara mengundi untuk memilih secara langsung saf kepimpinan tertinggi parti iaitu timbalan pengerusi tetap, tiga naib presiden serta 25 anggota Majlis Tertinggi (MT).

Pada Sabtu lalu,  pemilihan sayap parti menyaksikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya mengekalkan jawatan ketua wanita dan ketua pemuda bagi penggal kedua apabila mudah mengatasi pencabar masing-masing.

Manakala ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsuddin dipilih sebagai ketua puteri yang baru menggantikan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Semalam pula, perwakilan memilih untuk mengekalkan penyandang jawatan naib presiden dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi di hearaki teratas diikuti Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sementara Datuk Mukhriz Mahathir, Tan Sri Isa Abdul Samad, dan Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam tewas dalam perebutan jawatan tersebut.

Perwakilan Umno juga memilih 25 ahli MT yang mereka yakini untuk mengepalai Umno untuk penggal ini. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar