Selasa, 17 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Ziana Zain Tidak Ikut Anuar Buat Muka

Ziana Zain Tidak Ikut Anuar Buat Muka



Di kala usianya mencecah 46 tahun, penyanyi ini masih lagi kelihatan anggun dan menawan.

Malah ibu kepada empat cahaya mata ini masih lagi bergetah bak anak dara.

Namun, dalam kerancakan Ziana Zain menjaga penampilan fizikal serta rupa parasnya, penyanyi ini mengakui dia tidak mahu sesekali mengikut jejak langkah adiknya, Anuar Zain dalam membuat rawatan muka.

Ini kerana menurutnya dia sangat takutkan jenis rawatan yang menggunakan suntikan untuk kekal cantik dan menarik.

Adiknya, Anuar menggunakan teknik ‘stem cell’ dan suntikan kolagen berserta vitaman C untuk kekal awet muda.

“Bab suntikan ini memang saya takut, risikonya tinggi dan kita kena tanggung sendiri. Suntikan vitamin C misalnya akan menyebabkan buah pinggang kita terpaksa bekerja keras untuk memproses vitamin C tambahan dan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dalam jangka masa panjang,” katanya memetik laporan ABN News.

Anak jati Shah Alam ini juga mendedahkan dia lebih senang menggunakan produk-produk kecantikan yang diwakiliknya serta di samping petua-petua tradisi yang diamalkan oleh kedua orang tuanya.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar