Minggu, 22 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » MPK Rampas 9 064 Iklan Ah Long

MPK Rampas 9 064 Iklan Ah Long


KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) bertindak merampas sebanyak 37,564 iklan termasuk 9,064 iklan perkhidmatan ah long dari Januari hingga Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, tindakan itu diambil di bawah Undang-Undang Kecil Iklan MPK 2007.

“Kebanyakan iklan ini diturunkan dan dirampas di lokasi tumpuan awam antaranya di Bulatan Berkeley dan jalan utama yang lain.

“Menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang kerana mempamerkan iklan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Andry Arman berkata, iklan-iklan haram yang dirampas berbentuk banting dan poster termasuk bersaiz iklan gergasi yang merbahayakan keselamatan orang ramai.



Jelas beliau, iklan haram itu mengganggu penglihatan pengguna jalan apabila ia dipamerkan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan oleh MPK.

Tambah beliau, antara lokasi yang sering menjadi tumpuan penampalan iklan haram adalah Bukit Tinggi,Bayu Perdana, Taman Sentosa, Pekan Kapar, Meru dan Pelabuhan Klang.

Justeru, katanya, MPK akan sentiasa membuat pemantauan terhadap iklan-iklan haram dan mengharapkan kerjasama masyarakat membuat laporan kepada MPK mengenai kewujudan iklan haram tempat mereka.

“Kami mengalu-alukan maklumat daripada orang awam dalam usaha membanteras iklan haram seperti ini yang bukan sahaja melanggar peraturan malah menjejaskan kebersihan setempat,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar