Kamis, 13 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Ahli Perniagaan Didapati Bersalah Bunuh Tunang

Ahli Perniagaan Didapati Bersalah Bunuh Tunang


SELEPAS hampir dua tahun perbicaraan, seorang ahli perniagaan Australia akhirnya didapati bersalah menolak tunangnya dari balkoni di tingkat 15 sebuah apartmen mewah di Sydney hingga menyebabkan kematiannya.


Simon Gittany, 40, pada mulanya menafikan dakwaan itu dengan menyatakan tunangnya yang juga seorang model, Lisa Harnum cuba terjun dari balkoni dan dia tidak sempat menahannya.

Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup memperlihatkan lelaki itu mengheret Harnum sambil menutup mulutnya sebelum kejadian.


Biarpun tiada rakaman bagaimana dia menolak wanita itu, tingkah laku Gittany sewaktu memasuki lif untuk turun ke bawah apartmen nyata mengukuhkan dakwaan bahawa dia sememangnya menolak tunangnya dalam keadaan marah.


Kejadian itu berlaku selepas model itu mengugut untuk memutuskan pertunangan kerana tidak tahan dengan sikap cemburu dan baran lelaki itu.

Ketika keputusan dibacakan di Mahkamah New South Wales, Gittany dilihat terkedu manakala teman wanitanya, Rachelle Louise meraung dan menjerit membantah keputusan itu.

Ahli perniagaan itu akan kembali semula ke mahkamah Februari depan untuk diperdengarkan hukuman ke atasnya nanti.

Oleh: ELZA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar